[PAU 2021] 'Ada yang sindir-sindir kita tuntut KWSP' - Utusan Malaysia

[PAU 2021] ‘Ada yang sindir-sindir kita tuntut KWSP’

ASYRAF Wajdi Dusuki tiba di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Perhimpunan Agung UMNO 2021. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Desakan Pemuda UMNO terhadap pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan sahaja dituduh sebagai gila kuasa, malah disindir dengan kiasan tuntutan ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, malah ada pihak tertentu yang melemparkan tohmahan bahawa Pemuda UMNO sengaja ingin popular dengan membuat tuntutan tersebut.

Sebaliknya kata beliau, semua desakan itu hanyalah demi membela rakyat yang akan terkesan sejak kebelakangan ini.

“Apabila kehidupan rakyat mula sengsara, Pemuda UMNO tiada pilihan melainkan perlu bersuara.

“Sebagai Jurubicara Rakyat, kita konsisten mendesak pengeluaran KWSP, kita mendesak moratorium pinjaman bank, kita mendesak bantuan tunai rakyat dipermudahkan, kita mendesak supaya insentif perniagaan diperbesarkan dan diperluaskan,” katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2021 di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya