Pastikan bangunan di Pulau Pinang tahan gempa bumi 

Pastikan bangunan di Pulau Pinang tahan gempa bumi 

OH TONG KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) disaran membuat pengubahsuaian pada spesifikasi bangunan di Pulau Pinang supaya tahan gempa bumi tahap kelima atau ke atas. 

Pengerusi Parti Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata, kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) berhubung peta taburan risiko gempa bumi yang mana Pulau Pinang diklasifikasikan sebagai kawasan berisiko berlaku tahap keempat dan kelima perlu dipandang serius semua pihak. 

“Kenyataan yang dikeluarkan JMG itu perlu diambil berat dan kerajaan negeri harus mengarahkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta jabatan berkaitan kedua-dua majlis perbandaran Pulau Pinang mengkaji keperluan pengubahsuaian spesifikasi bangunan baharu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Tong Keong berkata, Malaysia berada di luar Lingkaran Api Pasifik namun selain daripada Sabah yang dikenal pasti sebagai kawasan aktif gempa bumi, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Lembah Klang dan Negeri Sembilan turut dilanda gegaran akibat gempa bumi berlaku di negara jiran. 

Jelasnya, berdasarkan peta taburan risiko gempa bumi yang dikeluarkan JMG, gempa bumi sederhana berukuran empat hingga lima menyebabkan keretakan di dinding bangunan yang tidak mematuhi spesifikasi tahan gempa. 

“Sehubungan itu, kerajaan negeri perlu mengambil serius peta taburan risiko gempa bumi itu,” katanya. 

Tambahnya, sepanjang lebih 14 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, banyak projek pembangunan di lereng bukit serta tambak laut dijalankan. 

“Oleh itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu mengambil langkah yang berpatutan sebelum berlakunya malapetaka.  Kita juga ingin tahu daripada kerajaan negeri sama ada lebuh raya berkembar Paya Terubong memenuhi syarat tahan gempa,”katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya