Pastikan air percuma kepada golongan miskin tegar  - Utusan Malaysia

Pastikan air percuma kepada golongan miskin tegar 

MOHIDEEN ABDUL KADER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Semakan tarif air yang dipohon Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)  munasabah kerana tarif air negeri itu antara yang terendah di negara ini.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, PBAPP perlu memperkenalkan program air percuma kepada golongan miskin tegar dan golongan berpendapatan rendah (B40) sekiranya semakan tarif air tersebut diluluskan.

“PBAPP perlu pastikan keluarga B40 dan miskin tegar tidak terkesan dengan kenaikan ekoran semakan tarif air ini dan mereka boleh dimasukkan di dalam program air percuma untuk meringankan beban kewangan masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

PBAPP akan memohon semakan tarif air di Pulau Pinang pada tahun ini untuk meningkatkan dana bagi pelaksanaan projek Pelan Kontingensi Air Mentah 2030 (RWCP 2030).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata, permohonan PBAPP akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan.

Menurut Mohideen, semakan tarif air yang dipohon itu juga mesti seimbang dengan pendapatan majoriti penduduk Pulau Pinang.

“Ini kerana kita dapat lihat golongan kelas menengah yang berpendapatan tinggi sehingga mencecah RM20,000 sebulan juga bayar kadar air sama seperti golongan B40.

“Kadar air juga sepatutnya mengikut tahap pendapatan setiap keluarga supaya lebih adil kepada mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya