Pas, PN akan terus santuni rakyat - Abdul Hadi  - Utusan Malaysia

Pas, PN akan terus santuni rakyat – Abdul Hadi 

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas bersama komponen Perikatan Nasional (PN) menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hati  lapang.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun tewas, namun kepemimpinan parti akan terus menyantuni rakyat berdasarkan peningkatan sokongan yang ketara di kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi.

Beliau turut merakamkan  penghargaan kepada rakyat Johor yang mengundi calon-calon PN terutama daripada Pas.

“Sokonga diberikan amat bermakna bagi meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan berkebajikan demi kemaslahatan negeri serta negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berterima kasih kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), polis, Kementerian Kesihatan dan juga jentera parti yang bertungkus-lumus memastikan proses pilihan raya  lancar serta selamat.

Pada PRN Johor, PN meraih tiga daripada keseluruhan 56 kerusi iaitu di DUN Endau, Maharani dan Bukit Kepong.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya