[PARLIMEN] Isu kartel PDRM: Kerajaan lemah tangani masalah besar negara  - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Isu kartel PDRM: Kerajaan lemah tangani masalah besar negara 

RAMKARPAL SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang tidak dapat menentusahkan kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kelemahan kerajaan dalam menangani masalah besar dalam negara.

Membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini, Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berkata, beliau mempersoalkan sama ada kerajaan sudah memuktamadkan keputusan dan membiarkannya begitu sahaja tanpa ada usaha mengesahkan isu kartel dalam PDRM.

“Adakah kerajaan hanya membiarkan begitu sahaja? Adakah usaha untuk menentusahkannya? Oh! Kita (kerajaan) tidak dapat tentukan, ini bermaksud, ada kemungkinan (wujud kartel dalam PDRM).

“Ini merupakan satu barah yang serius dalam pentadbiran negara, ia melibatkan kerajaan dan pihak polis yang merupakan badan amat serius.

“Jadi, saya mohon penjelasan timbalan menteri jika ada langkah seterusnya diambil kerajaan untuk menyiasat perkara ini memandangkan satu jawapan konklusif tidak diperoleh masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin yang mengulangi kenyataan EAIC sebelum ini bahawa dakwaan wujud kartel dalam PDRM tidak dapat ditentusahkan.

Katanya, PDRM telah membantu memberikan keterangan diperlukan kepada EAIC bagi melengkapkan siasatan berkenaan, malah terdapat beberapa lapisan sukar ditembusi dalam aspek pelantikan, kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan.

Bagaimanapun, Jonathan berpendirian bahawa kerajaan amat serius dalam hal tersebut dan meminta supaya Ramkarpal membantunya jika mempunyai bukti jelas mengenai kartel PDRM.

“Jika Yang Berhormat Gelugor ada bukti jelas, saya ambil ini sebagai perkara yang mungkin boleh bantu saya, sebab niat kita sama iaitu mewujudkan kerajaan yang baik,” katanya.

Ramkarpal pula membalas: “Buktinya jelas, dari bekas Ketua Polis Negara sendiri telah pun bongkar perkara ini. Apa lagi bukti diperlukan? Beliau nyatakan ada kartel tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya