[PARLIMEN] Had jawatan Perdana Menteri, akta pembiayaan politik, tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Had jawatan Perdana Menteri, akta pembiayaan politik, tumpuan Dewan Rakyat hari ini

undi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan Dewan Rakyat hari ini dijangka tertumpu kepada isu sama ada kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal dalam masa terdekat.

Perkara tersebut akan dikemukakan oleh Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (PH-Lumut) kepada Perdana Menteri pagi ini.

RUU Pindaan Perlembagaan melibatkan tempoh jawatan Perdana Menteri merupakan salah satu perjanjian yang dimeterai di dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani pada 13 September lalu.

Turut menjadi tumpuan adalah soalan daripada Lim Lip Eng (PH-Kepong) meminta Perdana Menteri menyatakan sebab kerajaan enggan membentangkan RUU tentang pembiayaan politik, Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan kedudukan negara merosot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) untuk tempoh dua tahun.

Selain itu, Datuk Rozman Isli (WARISAN-Labuan) pula meminta Perdana Menteri menjelaskan sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbang untuk membenarkan pengundian pos bagi pengundi yang tinggal jauh dari pusat pengundian berdaftar khususnya di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) pula meminta Perdana Menteri menjelaskan keperluan mendesak mengenai cadangan mewujudkan Majlis Pengurusan Bencana Negara (Nadma) 2.0 yang akan melibatkan keberkesanan Nadma sedia ada.

Dewan Rakyat bersidang sehingga 24 Mac ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya