[PARLIMEN] Azhar Azizan menjerit 'tolong duduk', Dewan Rakyat terkedu  - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Azhar Azizan menjerit ‘tolong duduk’, Dewan Rakyat terkedu 

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun tidak dapat mengawal perasaan marahnya sehingga terpaksa menjerit di dalam dewan mengarahkan wakil pembangkang untuk duduk.

Beliau ketika itu merayu supaya Su Keong Siong (PH-Kampar) dan Lee Boon Chye (PH-Gopeng) mengikut peraturan dengan tidak memberi celahan semasa Kementerian Kesihatan menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Dr. Maszlee Malik (PH-PKR) turut kelihatan berdiri dengan niat mahu mencelah namun tidak sempat untuk berbuat demikian.

“Yang Berhormat, tolonglah ikut peraturan, Yang Berhormat Timbalan Menteri (Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali) tidak bagi mencelah, tolong duduklah. Please.

“Yang Berhormat Menteri punya lantang percakapan, Yang Berhormat kena minta kebenaran, dan kebenaran tidak diberikan!” katanya.

Pun begitu, Keong Siong berdegil meneruskan celahannya dan meminta supaya Azhar Azizan bertindak lebih adil supaya beliau diberi peluang bertanyakan soalan.

Bagaimanapun, Azhar Azizan dalam keadaan tertekan menjerit ‘tolong duduk!’ sekali gus membuatkan wakil-wakil rakyat terdiam dan Keong Siong akur dengan arahan tersebut. 

Sebelum itu, Noor Azmi menggulung berkenaan isu pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bahawa ia tidak terpakai untuk jangkitan wabak Covid-19 sahaja.

Jelasnya, ia terpakai untuk semua jenis penyakit yang telah atau mungkin wujud pada masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya