[PARLIMEN] Azalina positif Covid-19, sempat bertanya soalan di Parlimen  - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Azalina positif Covid-19, sempat bertanya soalan di Parlimen 

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said disahkan positif COVID-19 hari ini.

Pejabat Ahli Parlimen Pengerang dalam satu kenyataan memaklumkan, Azalina disahkan positif wabak itu hasil ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR).

“Saya memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini dan memohon agar sesiapa yang berurusan dengan saya dalam tempoh 48 jam lalu, dapat menjalani saringan Covid-19 yang sewajarnya,” kata kenyataan itu hari ini.

Azalina hadir di Dewan Rakyat hari ini dan sempat mengemukakan soalan dalam sesi soal jawab lisan berkenaan kes kematian dalam tahanan imigresen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya