[Parlimen] 208 kematian dalam tahanan depot imigresen - KDN 

208 kematian dalam tahanan depot imigresen – KDN 

ISMAIL MOHAMED SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 208 kes kematian dalam tahanan depot imigresen direkodkan bagi tempoh lima tahun bermula 2018 hingga 15 Februari 2022. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, punca kematian dalam tahanan disahkan oleh Kementerian Kesihatan kerana penyakit Septic Shock, Tuberculosis (Tibi), Severe Pneumonia, jangkitan paru-paru, komplikasi jantung, denggi, kencing manis, sesak nafas dan kegagalan fungsi organ termasuk 25 kes akibat Covid-19.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan tahanan di depoh jabatan itu yang terbaik dengan menyediakan penjagaan serta perlindungan terhadap mereka semasa dalam tahanan.

“Prosedur pengurusan tahanan yang berada dalam depoh imigresen dimasukkan dalam Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Mengenai Prosedur Pentadbiran dan Pengurusan Depoh Imigresen,” katanya pada sesi pemberitahuan pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan jumlah kematian dalam tahanan imigresen serta langkah untuk menyiasat dan mencegah kejadian berkenaan. 

Ismail berkata, Jabatan Imigresen melalui usaha sama dengan Kementerian Kesihatan turut menempatkan 25 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29/32 di Depoh Imigresen seluruh Malaysia bagi memberikan rawatan awal kepada tahanan.

Katanya, kerajaan juga sentiasa membuat penambahbaikan kerja menaik taraf depoh sedia ada dengan menyediakan ruang dan kemudahan yang sesuai untuk semua tahanan.

“Antaranya, setiap depoh mempunyai seorang Penolong Pegawai Perubatan Gred U29/32 jawatan kader untuk menguruskan kesihatan tahanan daripada proses saringan awal, kes ringan dan juga rawatan susulan.

“Selain itu, pemeriksaan awal dijalankan terhadap semua tahanan termasuk kanak-kanak bagi mengenal pasti tahap kesihatan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya