[Parlimen] 1,546 laporan palsu hilang kad pengenalan

[Parlimen] 1,546 laporan palsu hilang kad pengenalan

ISMAIL MOHAMED SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,546 laporan palsu melibatkan kehilangan kad pengenalan direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 2019 hingga 2021.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, jumlah itu meliputi 806 laporan dibuat pada tahun lalu manakala 368 laporan pada 2020 dan selebihnya pada 2019.

“Kita mengenakan fi denda bagi kad pengenalan hilang yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990. Antara empat tujuannya adalah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga kad pengenalan.

“Selain itu, mengawal penyalahgunaan pengurangan fi yang hilang, mengekang peningkatan kadar kehilangan kad pengenalan dan memastikan pelaksanaan urus niaga gantian hilang lebih berkesan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk T. Mohan berhubung data sebenar individu warganegara yang hilang MyKad dan membuat laporan palsu bagi mengelakkan penalti tinggi.

Jelas Ismail, tindakan membuat laporan palsu adalah suatu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Jika didapati bersalah, individu berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan mengurangkan denda bagi memudahkan pemohon dan mengelakkan laporan palsu, Ismail berkata pihaknya belum bercadang untuk berbuat demikian.

“Seperti termaktub di bawah Sub Peraturan 19 (2) Pendaftaran Negara 1990, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara boleh menetapkan secara terperinci kadar pengecualian dan pengurangan bayaran fi bagi permohonan gantian hilang kad pengenalan iaitu hanya bagi kategori jenayah dan juga bencana.

“Bagi fi denda akibat kecuaian dikategorikan kepada tiga iaitu untuk kecuaian pertama dikenakan denda RM100, kedua RM300 dan ketiga RM1,000.

“Bagaimanapun, kerajaan amat prihatin dengan orang kelainan upaya (OKU). Kerajaan memberikan keistimewaan kepada mereka untuk dipertimbangkan mendapat pengurangan bayaran denda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya