benarkan tarawih

Pahang benar solat tarawih 20 rakaat, bazar Ramadan dan Aidilfitri

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri memutuskan memberi kebenaran solat tarawih 20 rakaat di masjid dan surau di seluruh Pahang sepanjang Ramadan ini.

Majlis berbuka puasa, moreh dan sahur serta program penghayatan ibadah sepanjang Ramadan seperti qiamullail dan tadarus al-Quran juga dibenarkan.

Selain itu, kerajaan negeri turut memutuskan untuk memberi kebenaran bagi pengoperasian aktiviti pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri sepanjang Ramadan tahun ini.

Masa pasar Ramadan bermula dari pukul 3 petang hingga 8 malam manakala bagi aktiviti bazar Aidilfitri dari 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam yang mana tertakluk kepada ketetapan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, semua peniaga, pekerja dan pelanggan hendaklah mempunyai status lengkap divaksinasi. 

Beliau berkata, golongan yang berisiko seperti kanak-kanak dan warga emas berusia 70 tahun dan ke atas adalah tidak digalakkan untuk mengunjungi pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri.

“Dalam pada itu, semua peniaga digalakkan untuk menyediakan dan menawarkan kaedah alternatif bayaran tanpa tunai. Ini bagi mempercepatkan masa, mengurangkan sentuhan dan mengelakkan kesesakan berlaku di tapak-tapak jualan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Wan Rosdy dalam pada itu memaklumkan bahawa kerajaan negeri memutuskan untuk membenarkan aktiviti berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 sepanjang Ramadan ini. 

“Tempahan boleh dibuat secara dalam talian di laman rasmi MBK. Kebenaran berbuka puasa di Padang MBK 1 ini diberikan dengan mengambil kira kadar kebolehjangkitan yang rendah di kawasan terbuka. Sebanyak 136 lot atau petak untuk berbuka puasa disediakan.

“Tempahan bagi setiap lot digalakkan dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh berbuka dan tertakluk kepada kekosongan. Tempoh masa yang dibenarkan adalah dari pukul 6 petang sehingga pukul 8.30 malam,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya