Op Penyu: 35 pukat pari dirampas

Op Penyu: 35 pukat pari dirampas

RUZAIDI Mamat (enam, dari kiri) memegang pukat pari yang dirampas dalam Op Penyu semasa sidang akhbar di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 35 pukat pari disita dalam Op Penyu 2 yang diadakan tiga hari berakhir, semalam.

Pengarah Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat berkata, daripada jumlah itu, 33 pukat dirampas di pangkalan nelayan di Dungun manakala baki dua lagi di Kemaman.

Katanya, walaupun pukat berkenaan diharamkan sejak 1980, penggunaannya masih meluas dalam kalangan nelayan terutama di negeri ini. 

“Pukat pari dikesan antara punca kematian penyu yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. 

“Kalangan nelayan cenderung menggunakan pukat berkenaan kerana mampu meraih hasil tangkapan banyak, walaupun mengancam reptilia marin lain termasuk memerangkap penyu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ruzaidi berkata, tindakan sitaan itu diambil mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara dua tahun. 

Katanya, sebanyak 27 kematian penyu direkodkan sepanjang tahun ini dengan kes terakhir melibatkan penyu agar jantan dewasa pada 1 Mac lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya