KUALA LUMPUR: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hadir di Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu dilihat memasuki Dewan Tun Hussein Onn yang menjadi lokasi Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan beliau dilihat mengenakan baju Melayu berwarna putih.
Kehadiran beliau itu kemudian disambut perwakilan Puteri UMNO yang sempat berswafoto bersama Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam tersebut.
Onn Hafiz dilantik selaku Menteri Besar Johor ke-19 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Selasa lalu. – UTUSAN