OKU diminta manfaat perkhidmatan vaksinasi terus ke rumah

OKU diminta manfaat perkhidmatan vaksinasi terus ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Protect Health Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) meminta orang ramai termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) untuk memanfaatkan perkhidmatan vaksinasi terus ke rumah melalui program Home Vaccination bagi memudahkan mereka mendapatkan suntikan dos penggalak.

Selain program Home Vaccination, ProtectHealth juga menjalankan program lain seperti vaksinasi melalui  pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu, program vaksinasi jangkau luar dan sentiasa memastikan PPV di bawahnya dilengkapi dengan kemudahan mesra OKU.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Anas Alam Faizli berkata, semua program itu pada mulanya diperkenal untuk meningkatkan kebolehcapaian dan memaksimumkan vaksinasi bagi kumpulan seperti mereka yang terlantar, golongan gelandangan, warga asing tanpa kerakyatan, orang asli dan penduduk luar bandar bagi memastikan tiada sesiapa yang tertinggal dari mendapatkan vaksinasi Covid-19.

“Selain itu, program ini masih berjalan bagi memastikan semua orang diberi vaksin dan mendapat dos penggalak. ProtectHealth memainkan peranan penting untuk mewujudkan kemudahan penjagaan kesihatan yang adil dan saksama untuk semua,” katanya.

Tambah beliau, perkhidmatan Home Vaccination itu juga adalah inisiatif kerajaan untuk memperluas dan mempercepat vaksinasi dos penggalak sebelum keistimewaan sijil vaksinasi penuh ditarik semula daripada penerima vaksin yang tidak mendapat dos penggalak selewat-lewatnya pada 31 Mac 2022.

“Ini adalah usaha kerjasama antara ProtectHealth dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan dalam menyeru semua warganegara atau bukan warganegara Malaysia mendaftarkan tanggungan mereka yang tidak dapat hadir ke PPV kerana mempunyai masalah seperti yang dinyatakan,” jelasnya.

Orang awam yang mempunyai tanggungan OKU di rumah yang belum mendapatkan suntikan vaksin dan dos penggalak boleh menghubungi talian hotline 1700-811-007 setiap hari (9:00 pagi hingga 5:00 petang) atau boleh menghantar teks melalui applikasi WhatsApp di talian +6012-6787911 dan mereka akan menerima maklum balas dalam masa 1 – 3 hari.

Orang ramai juga boleh mendaftar melalui laman web ProtectHealth di https://vaksincovid.protecthealth.com.my/register_vaccine atau mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi temu janji mendapatkan suntikan dos penggalak. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya