Oh, bukan saya… - Siti Khadijah Halim - Utusan Malaysia

Oh, bukan saya… – Siti Khadijah Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon meningkat naik, Siti Khadijah Halim, tampil menjawab persoalan warganet selepas ramai yang memperkatakan tentang wajahnya seiras dengan pelakon drama Perempuan Itu, Siti Hariesa.

Menerusi ruangan komen di sebuah perkongsian di Instagram (IG), ada seorang pengguna meninggalkan komen dengan bertanya adakah pelakon itu yang berlakon babak ‘daring’ bersama pelakon Zul Ariffin, menerusi naskhah yang tular baru-baru ini.

“Kakak ke yang berlakon dengan Zul Ariffin itu?” tanya pemilik akaun @nurrkhadija.

Tenang menjawab, pelakon drama The Maid itu menjelaskan bahawa dia bukan pelakon wanita tersebut.

“Oh, bukan saya. Saya Siti Khadijah,” jawabnya ringkas.

Baru-baru ini, nama pelakon itu hangat diperkatakan di media sosial kerana rata-rata warganet menyangka dia pelakon babak ‘panas’ dalam drama Perempuan itu.

“Disebabkan seorang Siti buat hal, rosak nama Siti sebelanga. Rupanya pelanduk dua serupa bukan Siti Khadijah Halim, muka nak ada iras-iras sedikit. Patutlah..” ciap pemilik akaun @ashmawi93 di Twitter.

“Siti Hariesa ini muka dia lebih kurang Siti Khadijah Halim. Ke adik beradik?” ciap juga pengguna @dramamamey.

Sebelum ini, sepotong video pendek yang dikongsi Zul berkaitan drama terbaharu lakonannya, Perempuan Itu, di IG pada Jumaat lepas mencetuskan reaksi para warganet.

Ia susulan terdapat beberapa klip babak mesra termasuk adegan menggendong pelakon, Siti Hariesa, dari depan yang sekali gus mencuri perhatian ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya