pencemaran Sungai Kim Kim

Nasib 32 mangsa pencemaran Sungai Kim Kim belum terbela

Seorang penduduk menunjukkan keadaan terkini Sungai Kim Kim di Kampung Bukit Pulai, Pasir Gudang, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Nasib 32 mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim masih belum terbela sehingga hari ini walaupun sudah hampir tiga tahun musibah itu itu berlaku iaitu pada 7 Mac 2019.

Walaupun kerajaan negeri sudah bersilih ganti termasuk dua menteri besar dari Pakatan Harapan (PH), namun nasib mereka terus menjadi tanda tanya apabila hanya diberi bantuan wang tunai RM200 seorang untuk yang dimasukkan ke hospital dan RM500 untuk yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Kumpulan 32 mangsa itu pa­ling terjejas teruk kesihatan me­reka dalam kalangan ribuan orang awam termasuk pelajar akibat sesak nafas dalam insiden yang menggemparkan negara itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakap kumpulan mang­sa berkenaan, Norliza Rahman berkata, pihaknya amat kecewa kerana belum menerima sebarang pembelaan apatah lagi bantuan sedangkan mereka masih menanggung kesan pencemaran.

Antaranya sesak nafas sehingga terpaksa masuk keluar hospital yang melibatkan kos rawatan bukan sedikit.

“Macam anak saya, walaupun sudah lebih tiga tahun kejadian berlaku, dia masih alami sesak nafas dan terpaksa menjalani rawatan di klinik dan hospital. Ini tentu memerlukan kos yang mahal.

“Nasib kami dipandang sepi, tiada sebarang satu pun khabar berita yang sedap didengar.

“Bagaimana beberapa hari lepas, calon Barisan Nasional Dewan DUN (Undangan Negeri) Johor Jaya, Chan San San ada hubungi saya dan berhasrat membantu.

“Katanya pertemuan diatur Rabu depan, 9 Mac. Syukurlah, masih ada orang yang amat prihatin untuk membela nasib kami,” katanya ketika dihubu­ngi semalam.

Dalam kejadian 7 Mac 2019, Sungai Kim Kim tercemar akibat pembuangan sisa toksik yang mengakibatkan kira-kira 6,000 penduduk termasuk pelajar sekolah terjejas kesihatan mereka, manakala 111 sekolah di kawasan sekitar diarah tutup sementara.

Selepas siasatan, dikenal pasti sejauh 1.5 kilometer Sungai Kim Kim dikesan tercemar dengan sisa toksik dan dibersihkan dengan sejumlah 1,500 tan air sungai dan 900 tan enap cemar beserta sisa kimia berbahaya.

Menurut Norliza, pihaknya telah memfailkan saman undang-undang pada Julai 2019 terhadap 12 pihak termasuk menamakan bekas Menteri Besar, Datuk Dr. Shahruddin Jamal dan proses itu masih berjalan dengan kini di peringkat perbicaraan.

Sempena Pilihan Raya Nege­ri (PRN) Johor 12 Mac ini, beliau turut mengingatkan calon-calon bertanding bukan mudah menjadi seorang wakil rakyat yang memerlukan mereka bukan sahaja berkhidmat malah menghitung masalah rakyat.

Ini termasuk mereka yang terjejas khususnya mangsa-mangsa pencemaran Sungai Kim Kim supaya diberi pem­belaan sewajarnya.

“Apabila sudah terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) mahupun ahli parlimen, janganlah lupa nasib kami di bawah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya