MySejahtera dicadangkan untuk urusan pendermaan organ

MySejahtera dicadangkan untuk urusan pendermaan organ

KHAIRY Jamaluddin pada sidang akhbar selepas melancarkan Persidangan Tahunan Dialisis, di Petaling Jaya, Selangor. - IHSAN/KKM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan supaya aplikasi MySejahtera yang kini diguna pakai untuk memantau jangkitan Covid-19 turut digunakan bagi memudahkan urusan pendermaan organ. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya melihat jumlah orang yang ingin menderma organ di negara ini semakin berkurangan. 

“Justeru, dicadangkan supaya kita boleh guna MySejahtera untuk mudahkan rakyat Malaysia menderma organ mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Persidangan Tahunan Dialisis, hari ini.

Katanya, ketika ini, negara berdepan dengan peningkatan pesakit buah pinggang kronik khususnya yang terpaksa bergantung kepada rawatan dialisis. 

Khairy berkata, pihaknya menjangkakan angka pesakit buah pinggang peringkat akhir (ESKD) yang memerlukan rawatan dialisis akan mencecah 100,000 orang pada 2040 berbanding 40,000 orang pada 2016.

Menurutnya, selain rawatan dialisis, langkah lain adalah menerusi pencegahan dan pemeriksaan kesihatan berkala selain pemindahan organ. 

“Berdasarkan data semasa, seramai lima juta rakyat Malaysia layak mendapatkan saringan kesihatan percuma menerusi Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40). Bagaimanapun, setakat ini, hanya sekitar 12 peratus daripadanya yang merebut peluang saringan percuma itu,” katanya. 

Katanya, pada Julai depan, KKM akan melancarkan Bulan Saringan Kesihatan bagi mengajak lebih ramai rakyat Malaysia melakukan saringan kesihatan. 

Khairy berkata, ketika ini, lebih 8,000 pesakit dikesan sebagai ESKD setiap tahun dan kebanyakan mereka perlu menjalani rawatan dialisis.

“Data juga menunjukkan kos rawatan dialisis bagi 50,000 pesakit ESKD pada 2020 mencecah RM1.6 bilion,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya