myAEON2go pengalaman membeli-belah di hujung jari - Utusan Malaysia

myAEON2go pengalaman membeli-belah di hujung jari

AEON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kini anda tidak perlu lagi bimbang kemungkinan dijangkiti virus Covid-19 ketika keluar membeli-belah kerana pasar raya AEON menawarkan pengalaman membeli-belah hanya dihujung jari melalui platform e-dagangnya, myAEON2go.

 Melalui platform myAEON2go ini, pengguna tidak perlu lagi bersusah payah memandu, mencari dan berebut tempat letak kereta, beratur di kaunter atau yang paling membimbangkan adalah penularan virus Covid-19.

AEON yang merupakan peruncit terbesar di Asia dan Malaysia turut tidak terlepas daripada perubahan ini apabila melancarkan pengalaman peruncitan baharu (e-tail) dengan memulakan platform Offline ke Online (O2O) mereka sendiri.

Platform myAEON2go ini menawarkan pelbagai pilihan kepada para pelanggan untuk membeli-belah di pasar raya AEON tanpa perlu meninggalkan keselesaan rumah mereka.

Kelahiran myAEON2go sesuai untuk memenuhi tabiat pengguna hari ini yang terus berkembang, dan juga untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatkan, di samping mencipta peluang kerja baharu selain merangsang pertumbuhan ekonomi.

Sempena dengan pelancarannya, myAEON2go menawarkan pelbagai promosi bagi menggalakkan pendaftaran dan penggunaan aplikasi itu – pelanggan pasar raya AEON yang memuat turun aplikasi myAEON2go, beli barang dengan harga minima RM15 akan mendapat tawaran terhad kotak sayur-sayuran segar Fresh2go apabila mempamerkan bukti pembelian minima kepada kru di kaunter myAEON2go. Tapi ingat, kotak sayuran ini adalah terhad untuk 3,000 pelanggan pertama sahaja. Selain itu, banyak lagi tawaran hebat seperti penghantaran percuma dan penjimatan sehingga RM13, tawaran harga istimewa dari jenama yang terkemuka, dan pemberian kurma berkualiti secara percuma (tertakluk pada terma dan syarat) hanya di myAEON2go. Banyak lagi tawaran hebat boleh dirujuk di https://myaeon2go.com/ dari 30 Mac 2022.

Pelbagai promosi eksklusif dibangunkan melalui aplikasi ini, di mana pengguna boleh memilih penghantaran hari yang sama* dengan pilihan slot yang lebih luas – yakinlah…apabila anda memesan, myAEON2go barangan pasti dihantar!

 Layari saluran media sosial AEON untuk mendapat maklumat dan tawaran terkini. Hanya di myAEON2go – AEON di hujung jari anda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya