Muip peruntuk RM6.9 juta bantuan awal persekolahan 

Muip peruntuk RM6.9 juta bantuan awal persekolahan 

ASMADI ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memperuntukkan kira-kira RM6.9 juta wang zakat sebagai bantuan awal sempena sesi persekolahan baharu pertengahan bulan ini. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr. Asmadi Abdul Rahman berkata, peruntukan itu dimanfaatkan murid dan pelajar khususnya daripada golongan asnaf. 

Menurutnya, dijangkakan seramai 34,924 individu layak menerima bantuan awal persekolahan tersebut. 

“Syarat utamanya adalah pemohon mesti dalam kalangan asnaf fakir miskin di negeri ini dan berdaftar sebagai penerima bantuan bulanan dan tahunan. Selain itu, golongan yang layak memohon bantuan awal persekolahan terdiri daripada asnaf mualaf,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Asmadi berkata, dengan bantuan disalurkan itu sekurang-kurangnya dapat memberi suntikan semangat kepada pelajar untuk terus menuntut ilmu. 

“Setiap permohonan layak menerima bantuan RM150 (sekolah rendah) dan RM200 untuk pelajar sekolah menengah. Permohonan bantuan boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang easnaf.muip.gov.my. Tarikh tutup permohonan pada pada 15 Mac depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya