Muhyiddin, menteri Bersatu sila letak jawatan dalam kerajaan - Utusan Malaysia

Muhyiddin, menteri Bersatu sila letak jawatan dalam kerajaan

PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi menggesa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan dalam kerajaan susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ini selepas Muhyiddin meluahkan hasrat sedia meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), setelah hanya memenangi tiga kerusi.

“Sepatutnya Muhyiddin dan menteri-menteri Bersatu letak jawatan dalam kerajaan.

“Mereka berkempen secara habis-habisan. Bersatu berbelanja besar termasuk sedia bas untuk mengangkut pengundi,” katanya menerusi Facebook miliknya.

Puad yang kini  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit juga menyifatkan peletakan jawatan itu perlu dilakukan selepas Muhyiddin menyerang UMNO dan pemimpin UMNO dengan kasar sepanjang tempoh PRN Johor berlangsung.

“Justeru, bermaruahkah Muhyiddin dan menteri Bersatu terus kekal dalam kerajaan yang dipimpin oleh UMNO?

“Tekanlah button jika bermaruah. Bangsa Johor tidak percaya kamu prihatin Bangsa Johor,” katanya.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya