MQA tawar geran penyelidikan RM50,000

MQA tawar geran penyelidikan RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menawarkan Geran Penyelidikan Pendidikan Tinggi (GPPT) kepada penyelidik di negara ini berjumlah maksimum RM50,000 bagi setiap penyelidikan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, skop bagi skim geran itu adalah berkaitan pendidikan tinggi negara, pendidikan fleksibel atau jaminan kualiti.

Katanya, geran berkenaan terbuka kepada institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta dan agensi, jabatan serta kementerian dalam negara.

“Tempoh anggaran penyelidikan adalah satu hingga dua tahun dan permohonan tertakluk kepada kelulusan pengurusan tertinggi MQA. Aktiviti penyelidikan akan dipantau oleh satu jawatankuasa pemandu yang dilantik oleh MQA,” katanya, hari ini.

Mohammad Shatar berkata, penawaran geran itu membuktikan peranan lebih dinamik ditonjolkan MQA dalam meningkatkan pendidikan tinggi negara. 

Katanya, diharapkan banyak penyelidikan berkualiti yang dapat dihasilkan menerusi geran itu, seterusnya mampu meningkatkan imej pengajian tinggi negara di persada nasional dan antarabangsa.

“Usaha ini selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi yang sering menguar-uarkan mengenai agenda pembelajaran sepanjang hayat (PSH) dan meningkatkan akses pendidikan menerusi pendidikan fleksibel.

“Hasil dapatan penyelidikan ini akan dapat membantu Malaysia muncul sebagai hab pendidikan tinggi global dan mampu menarik minat 250,000 pelajar antarabangsa menyambung pengajian di negara ini,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya