MPPD pantau isu lembu berkeliaran, ambil tindakan penguatkuasaan - Utusan Malaysia

MPPD pantau isu lembu berkeliaran, ambil tindakan penguatkuasaan

ANGGOTA penguat kuasa MPPD mengambil tindakan menangkap lembu-lembu berkeliaran di pekan Port Dickson semalam. - GAMBAR/IHSAN MPPD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan berkenaan isu haiwan ternakan berkeliaran di daerah ini sehingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya selain mendatangkan rasa kurang selesa orang ramai.

Yang Dipertua MPPD, Zamri Mohd. Esa berkata, pihaknya menjalankan pemantauan secara berjadual selain turut mengambil tindakan menangkap haiwan ternakan terbabit serta mengenakan kompaun kepada pemiliknya.

“Pada Disember 2019, kami sudah mengeluarkan notis kepada semua pengusaha ternakan lembu di daerah agar memastikan ternakan mereka berkeliaran dan kompaun sehingga RM2,500 kepada setiap ekor lembu yang ditangkap boleh dikenakan.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, operasi penangkapan ditangguhkan namun sudah ia diteruskan semula. Lembu-lembu berkeluaran ini datang dari kawasan estet dan ladang yang terletak berhampiran sesuatu kawasan itu,” katanya.

Beliau mengulas tular di media sosial hari ini, gambar beberapa ekor lembu yang berada di kawasan jalan raya di Bandar Springhill, Port Dickson sehingga mendatangkan rasa kurang senang penduduk.

Difahamkan, kejadian seperti itu bukanlah kali pertama kali berlaku malah lembu-lembu yang berkeliaran itu juga pernah sehingga memasuki kawasan perumahan penduduk.

Zamri sementara itu memberitahu, pihaknya telah mengambil tindakan menangkap tiga ekor lembu di sebuah stesen minyak di pekan Port Dickson dan mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 kepada pemilik lembu berkenaan, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya