MN Selangor terus dipertahan atas prinsip sama-sama pembangkang

MN Selangor terus dipertahan atas prinsip sama-sama pembangkang

NOH Omar berucap dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir Dalam Kalangan Sahabat AIM di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Muafakat Nasional (MN) di negeri ini terus dipertahan walaupun pandangan daripada akar umbi semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menyatakan sebaliknya. 

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, MN Selangor dipertahan sehingga pucuk pimpinan memberi arahan agar kerjasama tersebut tidak diteruskan.

“Dari segi prinsipnya kerjasama MN melibatkan UMNO dan Pas di Selangor. Harus diingat kerjasama tersebut melibatkan Pas dan UMNO sebagai pembangkang di negeri di bawah Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir dalam kalangan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), hari ini.

Terdahulu, dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan dilaporkan mengucapkan selamat tinggal kepada Pas susulan parti tersebut lebih memilih untuk bersama Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Noh berkata, atas prinsip kedua-dua parti adalah pembangkang maka sewajarnya kerjasama tersebut dikekalkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya