MITI, KKM kerjasama wujudkan program vaksin penggalak sektor perkilangan - Utusan Malaysia

MITI, KKM kerjasama wujudkan program vaksin penggalak sektor perkilangan

MOHAMED Azmin Ali berucap dalam Majlis Pecah Tanah kilang dan fasiliti tambahan RWEM di Pengkalan Chepa, Kota Bharu. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mewujudkan program vaksinasi dos penggalak Covid-19 kepada hampir dua juta pekerja dalam sektor perkilangan dan pembuatan di negara ini.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah itu merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menentukan protokol kesihatan apabila sempadan negara dibuka pada 1 April depan.

“Pekerja sektor perkilangan dan pembuatan merupakan antara tulang belakang kemajuan ekonomi negara.

“Saya percaya sektor ini juga boleh membantu kejayaan program vaksinasi dos penggalak Covid-19, sekali gus memastikan keadaan lebih selamat apabila sempadan negara dibuka 1 April depan,” katanya dalam sidang akhbar di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Pecah Tanah ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. (RWEM) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Menerusi pembesaran kilang dan fasiliti syarikat elektronik terkemuka dari Jepun itu, Kelantan menerima pelaburan tambahan bernilai RM910 juta di samping lebih 346 peluang pekerjaan dalam sektor elektronik berimpak tinggi dapat diwujudkan kepada anak tempatan.

Mengulas lanjut, Azmin memberitahu, pembukaan sempadan negara merupakan satu keputusan besar dan penting yang dinanti-nantikan kerana dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Pembukaan sempadan negara berikutan lebih 90 peratus rakyat Malaysia sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19. Keadaan ketika ini dilihat selamat ekoran penularan Omicron yang terkawal, selain penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) juga rendah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya