Menteri Bersatu tak fikir rakyat, hanya fikir politik dan lemahkan UMNO

Menteri Bersatu tak fikir rakyat, hanya fikir politik dan lemahkan UMNO

pru15
MOHD. RAZLAN RAFII
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Menteri-menteri dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) hingga sekarang tidak ada masa untuk memikirkan hal rakyat.
Sebaliknya, mereka hanya sibuk memikirkan soal politik dan bagaimana untuk melemahkan UMNO.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Datuk Razlan Rafii berkata, dari zaman Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri hingga sekarang, pemimpin-pemimpin Bersatu yang ada dalam Kabinet hanya mementingkan politik bukannya rakyat.
“Semasa mereka jadi pembangkang, tiap hari fikir politik sehingga Pakatan Harapan jatuh terjunam, kehendak mereka adalah untuk menjadi menteri.
“Apabila sudah menjadi menteri dan kerajaan, mereka terus berpusat di Publika memikirkan bagaimana hendak melemahkan UMNO dan menyingkir pemimpin UMNO melalui kuasa yang diberi.
“Tugasan sebagai menteri untuk menjaga rakyat di Putrajaya jarang di kunjungi. Mereka menjatuhkan kerajaan Sabah sehingga kes Covid-19 melambung.
“Apabila kes telah meningkat dan tidak terkawal, mereka daruratkan negara  hingga Istana campur tangan demi memastikan negara keluar dari darurat.
“Hari ini, mereka bercakap soal rakyat. Walhal saban hari sehingga hari ini, mereka memikirkan soal politik untuk melemahkan UMNO.
“Janji Muhyddin dan menteri PN ketika itu ialah apabila mencapai emuniti kelompok capai 80 peratus, negara akan melaksanakan pilihan raya demi menghormati mandat rakyat. Meletakkan Demokrasi ke tahap yang tertinggi.
“Hari ini, kononnya, sekira membubarkan Parlimen adalah menjatuhkan perdana menteri. Kalau begitu, semua pertana menteri sebelum ini yang membubarkan Parlimen menjatuhkan diri sendiri?
“Sudah masuk empat tahun penggal ini berlangsung. Tiada yang pelik kalau mahu membubarkan Parlimen.
“Kami di UMNO sudah bersetuju untuk berbincang top 5 tarikh sesuai untuk diadakan Pilihanraya. Cukup-cukuplah melaga-lagakan UMNO dari dalam.
“Apa sahaja keputusan yang kami akan buat, ianya tidak lari dari meletakkan kepentingan Rakyat sebagai keutamaan,” katanya. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya