PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling jaya (MBPJ) mengadakan Operasi Tembak Gagak selama dua di 13 lokasi sekitar daerah ini, bermula Sabtu.
Operasi bertujuan mengurangkan populasi burung gagak yang sering membawa masalah kesihatan dan mengotorkan premis bangunan, perniagaan dan harta benda di sekitar daerah ini.
MBPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka memantau dan mengenal pasti lokasi hotspot sebagai tempat burung gagak bersarang dan membiak.
“Kelmarin, seramai 24 penembak berdaftar berlesen yang sah diperakui Polis Diraja Malaysia berada di 13 lokasi ditetapkan.
“Larangan diberikan kepada peserta agar tidak menembak luar kawasan pentadbiran MBPJ. Dalam pada masa sama dilarang melakukan tembakan di tempat awam seperti kawasan hospital, klinik kerajaan atau swasta, rumah ibadat, institusi pendidikan dan lain lain,” katanya.
Menurut kenyataan itu, sepanjang operasi dijalankan, MBPJ menempatkan pegawai dan kakitangan dari jabatan kesihatan persekitaran serta jabatan penguatkuasaan untuk memantau para peserta sepanjang operasi berlangsung.
Maklumat lanjut boleh hubungi Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran MBPJ. – UTUSAN