MB Johor: Siapa pilihan istana? - Utusan Malaysia

MB Johor: Siapa pilihan istana?

Hormati dan hayatilah Hari Kebebasan Media Dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Teka-teki mengenai siapa bakal mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor masih belum terungkai sehingga pukul 2.30 petang ini.

Meskipun spekulasi kuat mengatakan nama Datuk Onn Hafiz Ghazi yang paling disebut-sebut, tetapi persoalan turut terarah kepada siapa pula pilihan Istana Johor?

Ia berikutan terdapat laporan menyatakan UMNO mengemukakan akuan berkanun (SD) 38 daripada 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar kepada Sultan Johor, semalam.

Sementara itu, pekarangan pintu utama Istana Bukit Serene, di sini menjadi tumpuan khususnya petugas media dari pelbagai agensi berita tempatan seawal pukul 10 pagi tadi.

Walaupun cuaca hujan, pekarangan istana berkenaan tetap dikerumuni seramai kira-kira 30 petugas media apabila difahamkan bakal Menteri Besar Johor yang baharu dijangka menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada pukul 3 petang ini.

Sejak semalam, isu pemilihan Menteri Besar Johor yang baharu menjadi bualan hangat dalam kalangan rakyat dan juga parti politik susulan terdapat tiga nama disebut-sebut bakal memegang jawatan itu.

Ketiga-tiga mereka ialah Hasni, Onn Hafiz dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi yang menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit.

Onn Hafiz, 44, adalah individu paling hampir dengan spekulasi tersebut kerana beliau merupakan pemimpin muda dan berpengalaman sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ketika pentadbiran Hasni sejak Mac 2020.

Malah, teka-teki itu semakin terjawab apabila Hasni dalam kenyataan lewat petang semalam memaklumkan beliau mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda memimpin Johor yang disifatkan mampu memberikan idea dan sumbangan bermakna dalam pembangunan Johor.

ADUN Machap yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan itu antara calon muda yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya