Mayat remaja dihanyut arus deras ditemui tersangkut pada kayu  - Utusan Malaysia

Mayat remaja dihanyut arus deras ditemui tersangkut pada kayu 

MAYAT Muhammad Farmirul Muhammad Fuzi dibawa anggota polis untuk dihantar ke Hospital Bentong di Bentong, Pahang. - FOTO/IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Mayat remaja lelaki berusia 14 tahun yang dihanyutkan air sungai di Loji Felda Mempaga di sini ditemukan pada pukul 12 tengah malam tadi. 

Mayat  Muhammad Farmirul Muhammad Fuzi, 14, ditemukan anggota bomba dan penyelamat tersangkut di sebatang kayu tepi sungai loji itu kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, mangsa bersama tujuh rakannya berusia sembilan hingga 14 tahun keluar memancing di sungai loji itu pada pukul 2 petang semalam.

“Sebelum hilang, mangsa memaklumkan  kepada salah seorang rakannya untuk turun mandi di sungai itu dan tiba-tiba hilang dibawa arus deras.

“Rakan mangsa cuba membantu menyelamatkannya tetapi gagal dan usaha mencari terus dilakukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya