Maut ketika tunda motosikal rakan di LPT2

Maut ketika tunda motosikal rakan di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang pekerja kilang getah maut ketika membantu menunda motosikal rakannya yang rosak di Kilometer 365.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Bukit Besi, di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Muhammad Rasul Mustaqim Azlee Allvin, 17, dari Kampung Sungai Timun, Negeri Sembilan, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Dungun. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 membantu menunda motosikal rakannya yang rosak bersama seorang lagi rakan, menghala pulang ke Negeri Sembilan.

Namun, katanya, motosikal mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terjatuh di lorong kanan jalan dan dirempuh Perodua Myvi dari arah belakang 

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan, tetapi disahkan meninggal dunia dua jam kemudian ekoran kecederaan parah dialami,” katanya ketika dihubungi. 

Baharudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya