Maruah isteri, Will Smith tampar Chris Rock di pentas Oscars - Utusan Malaysia

Maruah isteri, Will Smith tampar Chris Rock di pentas Oscars

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES : Lantaran mahu mempertahankan maruah isteri, pelakon, Will Smith, telah bertindak menampar wajah pelakon, Chris Rock di pentas Anugerah Oscars 2022 yang diadakan secara langsung di Dolby Theater, California.

Dalam kejadian pagi tadi waktu tempatan, Will dikatakan tidak dapat menahan marah apabila Chris menjadikan isterinya, Jada Pinkett Smith sebagai bahan jenaka ketika menjadi hos acara tersebut yang disaksikan oleh jutaan penonton di seluruh dunia.

Difahamkan, punca kejadian bermula apabila Chris menyentuh nama Jada dan berjenaka mengenai kepalanya yang botak selain cuba mengandaikan wanita tersebut dengan filem ‘rekaannya’, GI Jane 2.

Perkara itu telah menyebabkan Will bertindak bangun daripada kerusi penonton dan meluru naik ke pentas sebelum menampar wajah Chris dan kemudiannya kembali semula ke tempat duduknya.

Apa yang jelas, wajah Will sangat tidak senang dengan kelakuan Chris yang dianggap cuba memalukan isterinya.

Audio rakaman momen tersebut selain paparan wajah Will sedang berkata sesuatu terhadap Chris dipercayai telah disenyapkan oleh pihak produksi namun menerusi mimik bibir, jelas memperlihatkan Will berkata “jangan sentuh atau menyebut nama isteri saya!”

Menurut laporan media antarabangsa, Jada sebelum ini pernah berkongsi mengenai penyakit yang dialaminya, Alopecia, yang menyebabkan dia terpaksa berdepan dengan situasi keguguran rambut hingga terpaksa membotakkan kepala.

Kejadian antara Will dan Chris tersebut telah menyebabkan kekecohan kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia.

Ada yang menyokong tindakan Will dan ada juga yang bersimpati dengan Chris.

Pun begitu, rata-ratanya termasuk teman-teman artis dan selebriti berharap kedua-dua pelakon tersebut dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan baik usai tamat majlis anugerah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya