Martabat pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia - PM

Martabat pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia – PM

PROGRAM Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia banyak membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua pihak supaya bekerjasama dalam memartabatkan pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri berkata, Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia banyak membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Terbaru, katanya, Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia di Segamat, Johor membuka peluang kepada 2, 000 prospek calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk selangkah ke menara gading.

“Seramai 160,374 pelajar mendapat tawaran sejak 2016 yang mana sebanyak 20 universiti awam dan 17 agensi pendidikan tinggi TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional)  terlibat.

“Sasaran kali ini bagi Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia adalah sebanyak 50,000 pelajar di 50 lokasi yang melibatkan 90 kawasan parlimen tumpuan,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Katanya, usaha itu dilakukan kerana pendidikan adalah perkara yang amat penting bagi mengubah masa depan setiap individu.

“Saya menyeru supaya kita saling bersatu padu memartabatkan pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia dan memajukan budaya dalam menuju kearah Malaysia yang cemerlang,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya