Manfaat ilmu kepada masyarakat

Manfaat ilmu kepada masyarakat

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) bergambar bersama para graduan sempena Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-15 di Dewan Ilmu, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, Arau, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Ilmu yang diperoleh sepanjang belajar perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kepada diri sendiri dan menyumbang kepada masyarakat khususnya dalam bidang keusahawanan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkongsian ilmu itu penting dalam memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak.

“Dalam bidang keusahawanan ini, selain memanfaatkan diri sendiri, seseorang graduan itu juga mampu menyumbang kepada masyarakat melalui sesi perkongsian ilmu,” titah baginda ketika berkenan berangkat menyempurnakan Sidang Ke-5 Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Ke-15 di Dewan Ilmu, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, di sini, hari ini.

Dalam sidang tersebut, seramai 370 graduan menerima penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian) dan Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Perniagaan Antarabangsa) daripada baginda merangkap Canselor Unimap.

Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh graduan dan berharap mereka membawa imej dan nama baik Unimap walaupun di mana berada.

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin mengingatkan semua pihak supaya sentiasa bersedia dalam mendepani segala cabaran hidup yang mendatang, khususnya dalam era endemik Covid-19.

Dalam pada itu, Naib Canselor Unimap, Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, kesungguhan dalam melakukan sesuatu bukanlah menjadi satu-satunya faktor pendorong kejayaan seseorang.

“Sebaliknya suntikan kata-kata pembakar semangat dan sokongan moral juga mampu menjadi inspirasi kepada semua. 

“Begitu juga kepada graduan, pensyarah antara individu terpenting dalam memberi inspirasi bagi mencapai kejayaan mereka,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya