Majikan mohon 313,014  pekerja asing  - Utusan Malaysia

Majikan mohon 313,014  pekerja asing 

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majikan yang ingin mengambil pekerja asing boleh menggunakan antara 501 khidmat Agensi Pekerjaan Swasta (APS) kategori C yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981. 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, penggunaan khidmat APS juga perlu dengan pengetahuan dan kebenaran majikan itu sendiri. 

Sehingga semalam katanya, sebanyak 313,014 permohonan pekerja warga asing diterima membabitkan sektor perkilangan (193,346), perkhidmatan (48,119), perladangan (36,950), 

pembinaan (27,331), pertanian (7,248) dan perlombongan dan pengkuarian (20).

Katanya, semua permohonan yang diterima diproses secara berperingkat dan kelulusan bagi permohonan tersebut  mula diberikan.

“Bagaimanapun, ada juga majikan yang menghadiri temu duga tapi gagal disebabkan dokumen tidak lengkap seperti gagal mengemukakan dokumen asal dan tiada penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja bagi lokasi cawangan yang dimohon. 

“Saya sekali lagi mengingatkan majikan agar mengemukakan permohonan lengkap bagi mengelakkan daripada kegagalan semasa proses temu duga,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Saravanan berkata, pihaknya merekodkan sebanyak 501 APS berlesen bagi kategori C yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.

“Mana-mana APS yang didapati menyalah guna atau terlibat dengan salah laku dalam permohonan pekerja asing ini boleh diadu ke Jabatan Tenaga Kerja di talian 03-8886 5192,” katanya. 

Februari lalu, Utusan Online melaporkan penegasan Saravanan bahawa semua majikan diingatkan tidak menggunakan khidmat mana-mana agensi pekerjaan swasta bagi mengisi permohonan pekerja asing bagi sektor perladangan secara pengecualian khas. 

“Semua permohonan itu perlulah diisi sendiri oleh majikan bukannya agensi pekerjaan swasta. 

“Perkhidmatan agensi pekerjaan swasta hanyalah sebagai pemudah cara dan tidak boleh membuat permohonan penggajian pekerja warga asing bagi pihak majikan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya