bantu mangsa banjir

MAIS bantu mangsa banjir Terengganu dan Kelantan

Ahmad Shahir (depan, enam dari kiri) bergambar bersama wakil penerima sumbangan di Terengganu, semalam. -UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM- Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di negeri Terengganu dan Kelantan dalam insiden 26 Februari lalu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tampil menyumbangkan RM300,000 bagi menyantuni mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar, berkata, sumbangan RM300,000 itu meliputi peruntukan daripada Baitulmal MAIS, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

“Daripada jumlah tersebut, MAIS menyumbang wang tunai RM100,000. Agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbang berjumlah RM100,000,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Shahir berkata, YIDE mengagihkan bantuan sebanyak 1,000 pek makanan asas dengan nilai sumbangan sebanyak RM100,000.

Katanya lagi, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) pula berperanan membekalkan pek makanan asas kepada mangsa-mangsa banjir.

“Sumbangan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan masing-masing menerima sumbangan wang tunai RM100,000 iaitu RM50,000 daripada MAIS dan RM50,000.00 daripada LZS dan 500 pek makanan asas dengan nilai RM50,000 bagi setiap negeri,” katanya.

Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Ahmad Shahir kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, M. Rozi Bidin dan Ketua Pegawai Baitulmal, MAIK, Ridhwan Abdul Rahman.

Sumbangan MAIS ini adalah bertujuan sebagai tanda solidariti di antara Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) bagi menyantuni mangsa yang terkesan akibat banjir.

Terdahulu, MAIS, Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor dan anak syarikat menyumbang sebanyak RM38.1 juta bagi membantu mangsa banjir di Selangor dalam kejadian 17 Disember, dua tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya