Isa Samad dapat pasport untuk hadiri konvokesyen anak tiri di UK  

Isa Samad dapat pasport untuk hadiri konvokesyen anak tiri di UK  

isa samad
MOHD. Isa Abdul Samad ketika hadir di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur hari ini. - FOTO/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mendapatkan sementara pasport antarabangsa miliknya bagi membolehkan beliau melakukan perjalanan ke majlis konvokesyen anak tirinya di United Kingdom hujung bulan ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md. Said yang bersidang bersama  Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Ghazali Cha memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan difailkan Mohd. Isa pada 24 Februari lalu.

Terdahulu ketika berhujah, peguam Datuk Wan Azmir yang mewakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menyatakan, Mohd. Isa perlu ke United Kingdom pada 26 Mac ini bagi menghadiri majlis konvokesyen anak tiri perempuan beliau yang dijaga sejak kecil.

“Pemohon akan pulang ke Malaysia pada 9 April ini. Bagaimanapun, kami memohon agar pasport tersebut diserahkan lebih awal kerana ia perlu diperbaharui. Kami juga memohon agar pasport tersebut dikembalikan ke mahkamah selewat-lewatnya 16 April ini,”vkata peguam terbabit.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz mengesahkan menerima sesalinan permohonan terbabit dan tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Pasport Mohd. Isa diserahkan kepada mahkamah pada 3 Februari 2021 yang disabitkan atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. (GAPSB), Ikhwan Zaidel menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md. Arip.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dan perintahkan berjalan secara serentak. Hakim Mohd. Nazlan juga menjatuhkan hukuman denda RM15.45 juta jika gagal membayar denda tersebut, hukuman penjara boleh ditambah lagi 18 tahun.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan Mohd. Isa untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan pembayaran denda tersebut sementara menunggu pelupusan rayuannya. Mohd. Isa kini berada dalam jaminan RM1.5 juta.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya