Lori telur terbalik dalam kemalangan tiga kenderaan

Lori telur terbalik dalam kemalangan tiga kenderaan

KEADAAN lori muatan telur ayam yang terbalik setelah terlibat kemalangan di Kilometer 62, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Tapah, Perak, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Sebuah lori yang sarat membawa muatan telur ayam terbalik dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 62, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.50 pagi selepas lori telur dipandu lelaki berusia 36 tahun dilanggar dari arah bertentangan oleh sebuah kereta Perodua Myvi.

Katanya, kejadian itu menyebabkan kereta Proton Saga BLM yang berada di belakang lori tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan berat tersebut.

“Nahas berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu wanita berusia 21 tahun yang datang dari arah bertentangan masuk laluan lori tersebut sebelum melanggarnya.

“Sebuah kereta Proton Saga BLM yang tidak sempat mengelak kemudiannya terlanggar bahagian belakang lori tersebut dan pemandu Perodua Myvi berusia 21 tahun cedera di pinggang dan kepala,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu lori dan Proton Saga BLM tidak cedera manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya