Lima termasuk suspek samun kedai emas Jalan TAR ditahan

Lima termasuk suspek samun kedai emas Jalan TAR ditahan

SUSPEK utama berusia 40-an dipercayai menyamun kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman ditahan polis di Taiping, Perak, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan samun sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman dekat sini pada 23 Mac lalu.

Kesemua suspek berusia 29 hingga 49 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tangkapan pertama dijalankan di sebuah hotel di Taman Aor Jaya, Taiping, Perak melibatkan seorang lelaki berusia 40-an.

Menurut beliau, sebanyak 12 gelang kaki kanak-kanak dan sebuah motosikal Honda Dash warna biru dirampas daripada suspek.

“Pihak polis sedang giat mengesan barangan kemas yang lain dipercayai disamun. Susulan penahanan itu, empat lagi individu diberkas termasuk suspek utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 akta sama.

“Kesemua mereka akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.

“Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 0326002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di takian 03-21159999 atau mana-mana balai berhampiran,” katanya.

Pada 23 Mac lalu, polis memburu seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian samun kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit dalam kejadian itu kira-kira pukul 2.47 petang.

Noor Dellhan dilaporkan berkata, semasa kejadian, terdapat dua orang pekerja dalam kedai emas tersebut.

Menurut beliau, suspek dipercayai menggunakan besi untuk memecahkan rak pameran barangan kemas. Jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM5,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya