Lelaki miliki senapang patah tidak berlesen ditahan

Lelaki miliki senapang patah tidak berlesen ditahan

POLIS merampas senapang patah tidak berlesan dan beberapa kelongsong peluru penabur daripada seorang lelaki yang mendakwa mahu menembak babi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan polis selepas disyaki memiliki senapang patah buatan sendiri tanpa lesen dalam serbuan di Ladang Kelapa Sawit Kampung Sungai Sendayan di Lukut, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berkenaan ditahan lebih kurang pukul 9 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan. 

“Semasa ditahan, pihak polis turut merampas beberapa barang kes antaranya selaras senapang patah buatan sendiri, beberapa butir peluru penabur, kelongsong peluru penabur dan sebuah motosikal jenis Honda EX5. 

“Suspek telah menyatakan menggunakan senapang tersebut untuk menembak babi hutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham berkata, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan dia telah direman tiga hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 (Akta 206) kerana memiliki senjata dan amunisi tanpa permit yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyimpan sebarang amunisi atau senjata yang menyalahi undang-undang di bawah Akta Senjata 1960,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya