Lelaki maut Toyota langgar pokok, pemuda selamat BMW terbakar - Utusan Malaysia

Lelaki maut Toyota langgar pokok, pemuda selamat BMW terbakar

PASUKAN bomba sedang mengeluarkan mangsa kemalangan dekat Jalan Haji Muhamad 2, Bukit Belimbing di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki maut  selepas kereta dipandunya terbabas melanggar pokok di Jalan Haji Muhamad 2, Bukit Belimbing di sini, hari ini.

Kejadian pukul 9.45 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 47 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang memandu Toyota Corolla menghala ke Jalan Bukit Belimbing.

 “Setibanya di lokasi, lelaki itu dipercayai gagal mengawal kereta lalu hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok di bahu jalan. 

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera teruk di kepala dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, di Sabak Bernam, seorang pemuda nyaris rentung apabila kereta BMW dipandunya terbakar di Jalan Klang–Teluk Intan berdekatan Kampung Sungai Nipah, Sungai Besar di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.45 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun terselamat selepas berjaya keluar dari kenderaan mewah tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 11.50 pagi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya