Laungan 'Bubar Parlimen' tiada adab - Ketua Pemuda UMNO

Laungan ‘Bubar Parlimen’ tiada adab – Ketua Pemuda UMNO

umno
ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak melaungkan ‘Bubar Parlimen’ yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika hari kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu lalu.

Menurut Asyraf Wajdi, beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai tiada adab apabila membabitkan kepimpinan kanan UMNO sendiri.

“Saya tidak nampak tiada satu pun Pemuda UMNO yang terlibat. Kita ada adab dan tatasusila, saya tidak bersetuju dengan perbuatan itu. Malah Perdana Menteri tidak pernah cakap beliau tidak bersetuju bubar Parlimen.

“Tetapi perkara ini (bubar Parlimen) hendaklah diputuskan di peringkat top 5 (lima tertinggi parti), sebab itulah isu ini tidak perlu timbul. Tetapi ada pihak jadi batu api, tukang cucuk (isu ini),” katanya dalam ucapan pergulungan Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO 2021 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi menempelak tindakan pihak tertentu yang sengaja mencetuskan kabilah atau berpuak-puak dalam UMNO dengan mewujudkan label-label tertentu.

“Saya terima pelbagai mesej yang tunjuk orang itu, orang ini. Maka jangan jadikan pentas UMNO sebagai pentas persengketaan, tetapi ada pihak label kluster itu, kluster ini. Jangan biarkan perkara ini merosakan kebangkitan Pemuda UMNO,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya