Lanjutkan usia persaraan, tangani kesan pengeluaran KWSP - Wanita PKR - Utusan Malaysia

Lanjutkan usia persaraan, tangani kesan pengeluaran KWSP – Wanita PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wanita PKR menggesa kerajaan mempertimbangkan dasar baharu iaitu melanjutkan usia persaraan kepada usia 65 tahun seperti disyorkan Bank Dunia.

Pengarah Komunikasinya, Loh Ker Chean berkata, perkara itu dilihat dapat meningkatkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pencarum dan secara tidak langsung meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 0.3 peratus setiap tahun.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri membenarkan pengeluaran KWSP kali keempat sebanyak RM10,000 selepas desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Mac.

“Walaupun Ismail Sabri sudi mengambil tindakan dengan segera selepas desakan Anwar, kerajaan masih perlu mencari penyelesaian yang bersifat jangka panjang kepada kesan empat kali pengeluaran KWSP ini.

“Kesan tiga kali pertama pengeluaran KWSP oleh rakyat telah mengakibatkan hampir 50 peratus daripada pencarum KWSP mempunyai baki simpanan tidak sampai RM10,000.

“Kebenaran mengeluarkan KWSP pada kali keempat oleh kerajaan tanpa merancang penyelesaian seawalnya adalah tidak bertanggungjawab dan bersifat populis semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Ker Chean turut meminta kerajaan untuk menggalakkan industri pekerjaan swasta dan awam mewujudkan perjawatan kerja sambilan.

“Ini bagi meningkatkan penglibatan pekerja yang berusia,” katanya.

Rabu lepas, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 kepada ahli di bawah umur 55 tahun.

Permohonan tersebut akan dibuka bermula 1 April nanti dan akan ditutup pada penghujung bulan depan dengan pembayaran dibuat bermula 20 April depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya