Lagu Cindai jadi pilihan Yad ke WCOPA

Lagu Cindai jadi pilihan Yad ke WCOPA

wcopa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bakat baharu, Yadzir Muadz memilih lagu popular nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai senjata untuk ke pertandingan antarabangsa World Championship of Performance Arts (WCOPA). Pertandingan itu dijangka berlangsung di Anaheim, California, Amerika Syarikat pada Julai nanti.

Walau bagaimanapun, jejaka berusia 24 tahun itu berkata, pemilihan lagu masih dalam proses awal.

Hal itu kerana pihak pengurusan masih meneliti lagu-lagu yang dirasakan sesuai untuk para peserta Malaysia.

“Sejujurnya setakat ini saya mahu menyanyikan lagu Cindai kerana cengkok (bunga-bunga dalam melodi) mencabar.

“Tapi ada juga peserta yang akan bawa lagu irama tersebut. Seandainya pilihan sama, tengok apa kata pengurusan dan guru vokal.

“Selain genre itu saya mahu mendendangkan genre R&B, lagu If I Ain’t Got You,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai persiapan,penyanyi yang mesra disapa dengan panggilan Yad ini berkata, aktiviti pentas dan menyanyi pada majlis kahwin dan hari lahir sudah memadai.

“Itu sudah cukup untuk saya siapkan diri ke sana. Tambah pula ada guru vokal yang disediakan oleh pihak pengurusan.

“Sebelum ini biasanya dengan genre balada dan pop. Sekarang ini cuba luar dari kebiasaan seperti Rock, Broadway.

“Tidak dinafikan sukar, tetapi saya cuba untuk belajar tekniknya atau pun attitude dalam lagu,” katanya.

Untuk rekod, antara penyanyi tempatan yang pernah mencipta kejayaan pada acara berperstij itu adalah Datuk Syafinaz Selamat, Deja Moss, Noryn Aziz dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya