PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan perlu mengembalikan semula Sistem 3M (membaca, menulis dan mengira) untuk tahap satu sekolah rendah menggantikan sukatan sekarang yang terlalu banyak dan menyebabkan masalah beg berat tidak pernah selesai. Sukatan pelajaran sekarang menyebabkan murid terikat dengan silibus yang ketat apatah lagi kebanyakan guru bergantung penuh kepada buku teks berbanding alat bantuan mengajar lain. Walaupun banyak cadangan yang dikemukakan sebelum ini termasuk tujuh inisiatif yang dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan berhubung isu tersebut, ia dilihat menelan belanja yang tinggi di samping tempoh yang lama untuk dilaksanakan sepenuhnya. Pensyarah Fakulti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya