Kuota Haji: Kerajaan tunggu kenyataan Arab Saudi

Kuota Haji: Kerajaan tunggu kenyataan Arab Saudi

IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masih tiada kuota khusus ditetapkan Kerajaan Saudi kepada semua negara yang bakal menghantar jemaah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad. 

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan ibadah haji tetap diteruskan dan pastinya ia adalah berita gembira buat umat Islam di seluruh dunia. 

“Saya mengambil peluang untuk perjelaskan kerunsingan headline daripada beberapa petikan akhbar berhubung tiada penambahan kuota haji. 

“Sekali lagi, tiada keputusan rasmi yang dibuat dan ia bukan hanya melibatkan negara kita semata-mata, tetapi semua negara yang bakal menghantar jemaah haji. Penantian untuk melaksanakan ibadah ini pada tahun ini, insya-Allah bakal dilaksanakan. 

“Bagi pemakluman kuota ibadah Haji, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sentiasa menantikan perkembangan positif daripada Kerajaan Saudi untuk kita umat Islam di Malaysia bersedia menjadi tetamu Allah pada tahun ini. 

“Pastinya saya mengharapkan penambahan kuota daripada sebelum ini, supaya boleh memberi lebih banyak peluang kepada umat Islam di Malaysia menunaikan Rukun Islam yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Dalam pada itu, Idris berkata, beliau memperoleh pelbagai maklumat terperinci ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Arab Saudi. 

Katanya, beliau berpeluang melihat sendiri bagaimana kerajaan Arab Saudi sedang berusaha bagi mempersiap segala keperluan untuk menyambut jemaah haji dari seluruh dunia. 

“Namun, hakikat yang perlu kita ketahui, masih banyak lagi operasi yang secara langsung melibatkan industri di sana tidak beroperasi sepenuhnya seperti pembukaan hotel dan rumah penginapan, restoran dan tempat makan dan minum dan beberapa lagi operasi perniagaan yang tidak dibuka sepenuhnya,” katanya. 

“Bagi mereka yang telah menunaikan umrah, pasti sedar situasi yang sedang berlaku di sana. Teruskan berdoa, dan berharap kepada Allah agar Allah memanggil kita sebagai tetamu-Nya pada tahun ini. 

“Dengan prestasi yang cukup membanggakan oleh Tabung Haji terhadap pengurusan jemaah Haji, sehingga menjadi benchmark di rantau Asia dalam pengurusan ini, saya optimis ibadah haji bagi umat Islam di Malaysia adalah satu rahmat yang kita nantikan dengan penuh sabar dan redha,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya