Kos amah RM15,000, Kedutaan Indonesia kunci mulut - Utusan Malaysia

Kos amah RM15,000, Kedutaan Indonesia kunci mulut

Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendedahan Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr. Sukumaran Nair berhubung kos pengambilan pembantu rumah Indonesia menimbulkan persoalan apabila kosnya disifatkan tidak masuk akal.

Bagaimanapun, pejabat Kedutaan Besar Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur mengambil tindakan mengunci mulut terhadap kos membawa masuk pembantu rumah yang mencecah sehingga RM15,000 seorang itu. 

Pegawai Informasi KBRI Kuala Lumpur, Yoshi Iskandar ketika dihubungi Utusan Malaysia meminta untuk menunggu  kenyataan rasmi daripada kedua-dua negara menjelang memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kemasukan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) itu.

“Kita tunggu saja kenyataan akhbar bersama. Terima kasih,” katanya. 

Semalam, akhbar ini melaporkan, penetapan kos itu sudah dipersetujui antara kedua-dua pihak sebagai jumlah perbelanjaan keseluruhan di Indonesia dan Malaysia yang perlu dibayar majikan untuk mendapatkan perkhidmatan tenaga kerja itu.

Perkara berkaitan didedahkan Duta Indonesia ke Malaysia, Her mono dalam pertemuan dengan PAPSMA, Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (PAPA), Persatuan Kebangsaan Malaysia Agensi Pekerjaan (Pikap) dan Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia (PUSMA).

Rundingan pengambilan dan kemasukan amah Indonesia ke Malaysia yang dimulakan sejak 2017 masih gagal dimuktamadkan apabila perjanjian MoU baharu masih tidak dapat disempurnakan dan ditunda kepada 1 April.

Rundingan itu pernah dua kali tertangguh iaitu pada 8 Februari sebelum dibawa ke 18 Mac. 

MoU penggajian pembantu rumah Indonesia ditandatangani buat pertama kali pada 13 Mei 2006 di Bali, sebelum protokol meminda MoU PDI ditandatangani pada 31 Mei 2011 di Bandung yang tamat pada 30 Mei 2016. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya