Hari Komanwel

Komanwel banyak menyumbang keharmonian sejagat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Komanwel 2022 meraikan jalinan persamaan, ikatan persahabatan dan sumbangan badan global itu dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian sejagat.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Malaysia dan 53 negara anggota yang lain menyambut Hari Komanwel 2022 sejajar dengan tema Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2022.  

“Ia berhasrat mentransformasi seluruh Komanwel untuk menjadi masyarakat yang bertunjangkan nilai demokrasi, multilateralisme dan pembangunan mampan,” katanya di sini hari ini.

Hari Komanwel diraikan setiap tahun pada Isnin minggu kedua dalam Mac dan kali ini sambutan bertemakan ‘Delivering a Common Future: Connecting, Innovating, Transforming.’

Organisasi yang ditubuhkan pada 1949 ini merupakan badan ketiga terbesar di dunia selepas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dari segi keahlian.

Malaysia menjadi ahli Komanwel selepas kemerdekaan pada 1957 dan pernah menganjurkan CHOGM Ke-11 pada 1989 yang memperakui Deklarasi Langkawi mengenai Alam Sekitar.

Pada 1998, Malaysia muncul sebagai negara Asia pertama organisasi tersebut yang menjadi tuan rumah Sukan Komanwel dengan berjaya merangkul 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.

“Justeru, Malaysia mengalu-alukan penganjuran CHOGM Ke-26 di Kigali, Rwanda pada akhir Jun ini yang dijangka membincangkan isu-isu kepentingan bersama,” jelas Wisma Putra.

Ini ujarnya, termasuk berkaitan pemulihan ekonomi global pasca pandemik Covid-19, akses kepada bekalan vaksin secara adil, selamat dan berpatutan serta pelbagai isu alam sekitar.

Sidang kemuncak berkenaan, tambah Wisma Putra juga menyaksikan ketua-ketua kerajaan akan menilai pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 2030 yang ditetapkan oleh PBB.

Persidangan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kigali itu sepatutnya diadakan pada 2020 dengan Malaysia menjadi hos, namun dibatalkan ekoran kebimbangan wabak Covid-19. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya