Kluster Mata Pelajaran pastikan tiada lambakan graduan Ikhtisas Pendidikan

 Kluster Mata Pelajaran pastikan tiada lambakan graduan Ikhtisas Pendidikan

kementerian pendidikan
RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) diperkenal Kementerian Pendidikan (KPM) terhadap pengambilan guru secara one-off bagi memastikan tiada lambakan graduan yang mengambil Ikhtisas Pendidikan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, langkah diperkenal itu memberi peluang lebih luas kepada graduan untuk memohon berdasarkan pemetaan ijazah sarjana muda yang bersesuaian.

“Graduan memiliki bidang pengkhususan utama tertentu boleh memohon untuk mengisi kekosongan mata pelajaran lain yang dikategorikan dalam kluster sama. Pendekatan yang kita gunakan untuk pertama kali ini untuk pengambilan akan datang juga,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang ingin tahu apakah nasib graduan pendidikan keluaran universiti yang masih tiada peluang ditempatkan mengajar di sekolah.

Pada masa sama, Radzi memaklumkan, sebanyak 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara ‘one-off’ telah dilantik dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah Kementerian Pendidikan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Sehingga 28 Mac lalu pula, seramai 13,255 guru baharu berjaya ditempatkan ke seluruh negara, manakala baki 515 lagi akan ditempatkan mulai 11 April ini.

“Berdasarkan status terkini, masih terdapat 4,932 kekosongan jawatan di bawah pengambilan khas ini yang perlu diisi calon yang layak,” katanya menjawab soalan asal Senator Iskandar Dzulkarnain yang meminta kementerian menyatakan apakah status pelantikan guru secara ‘one-off’ diumumkan kerajaan sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya mendapati terdapat kekurangan bilangan graduan yang mempunyai Ikhtisas Pendidikan bagi subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam untuk pengambilan guru.

Radzi bagaimanapun berkata, kementerian komited untuk berusaha mencari bekalan guru yang mempunyai ikhtisas dua subjek kritikal berkenaan.

“Banyak senarai mata pelajaran yang tidak ada bekalan mencukupi dalam pasaran graduan, namun yang paling kritikal ialah yang mempunyai Ikhtisas Pendidikan Bahasa Inggeris.

“Pendidikan Islam juga dalam konteks tertentu amat terhad bagi mereka yang mempunyai ikhtisas dalam subjek itu,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Muhammad Zahid Md Arip yang ingin tahu apakah subjek kritikal dalam mengisi jawatan pengambilan guru. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya