KKM beri ubat antiviral kepada 110,000 pesakit Covid-19

KKM beri ubat antiviral kepada 110,000 pesakit Covid-19

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membekalkan ubat antiviral keluaran Pfizer kepada 110,000 pesakit Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bekalan ubat tersebut dijangka akan tiba bulan ini sebaik dibeli daripada syarikat tersebut bulan lalu dan diberikan kepada mereka yang berisiko tinggi.

Katanya, penggunaan ubat tersebut  akan diberikan bagi mereka merawat dan melindungi mereka yang dijangkiti Covid-19.

“Bulan lepas kita telah buat pembelian dengan Pfizer bulan lepas dan dijangka terima dalam tempoh dua minggu lagi.

“Dalam perolehan yang pertama ini, kita sudah beli bekalan untuk 110,000 pesakit dan ini akan diberikan kepada mereka yang berisiko tinggi,” katanya ketika menghadiri majlis pelancaran Persidangan Tahunan Dialisis semalam.

Dalam pada itu , Khairy berkata, kerajaan akan membuat pembelian kedua sekiranya ubat antiviral itu berjaya merawat pesakit Covid-19.

“Ada dua lagi kita akan beli iaitu dari Molnupiravir dan AstraZaneca, namun ia belum dimuktamadkan lagi dan akan menilai keberkesanan terlebih dahulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya