KJ rayu ibu bapa lebih prihatin, lebih 600,000 tidak hadir temu janji

KJ rayu ibu bapa lebih prihatin, lebih 600,000 tidak hadir temu janji

IBU bapa perlu lebih prihatin dan mengutamakan tahap keselamatan anak-anak dengan melakukan suntikan vaksinasi kepada mereka. - FOTO/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) merayu agar ibu bapa lebih prihatin dan mengutamakan tahap keselamatan anak-anak dengan melakukan suntikan vaksinasi kepada mereka.

Khairy berkata, kanak-kanak mengalami risiko yang lebih tinggi untuk jangkitan varian Omicron berbanding dengan varian sebelum ini namun, kadar vaksinasi golongan itu masin rendah berbanding sasaran sebelum ini.

Khairy berkata, risiko jangkitan varian Omicron meningkat sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai komorbid atau tergolong dalam kumpulan kanak-kanak yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit.

“Masa untuk tunggu dan lihat sudah tamat. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) telah bermula sejak sebulan lalu dan kadar peratusan masih rendah sekitar 30 peratus.

“Sejak dilaksanakan, kita telah mengeluarkan temu janji sebanyak 1.6 juta, namun hanya sejuta yang hadir. Ini bermakna 600,000 temu janji yang tidak hadir untuk PICKids,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Khairy, situasi semasa jangkitan dalam di kalangan kanak-kanak membimbangkan dengan jumlah keseluruhan bilangan kanak-kanak berumur sehingga 11 tahun yang dijangkiti Covid-19 menunjukkan peningkatan dari 2020 sebanyak 7,730 kepada 379,245 pada tahun lalu.

“Bermula awal Januari 2022 sehingga pertengahan Februari lalu, bilangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang dijangkiti Covid-19 adalah seramai 50,826 orang. Data menunjukkan peningkatan sebanyak 68,893 orang antara pertengahan Februari dan bulan ini,” katanya.

Dalam pada itu katanya,  kadar kemasukan kanak-kanak ke wad Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU) meningkat sebanyak 94 peratus untuk kesemua kategori tiga hingga lima. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya