PANDEMIK atau tidak, kehidupan sememangnya amat mencabar dan penuh tekanan. Di sinilah bagaimana MELILEA Pure Essential Oils (Minyak Pati Tulen MELILEA) dapat meringankan beban dan membantu untuk menenangkan diri dan meningkatkan daya positif hidup anda.
Konsep penjagaan kendiri telah lama wujud, tetapi keadaan sekarang memberikan maksud dan kesan yang berbeza.
Evolusi virus pandemik Covid-19 telah menyekat corak kehidupan dan pergerakan fizikal kita dalam segala aspek. Urusan harian seperti cara bekerja dan bersosial, rencana percutian dan sebagainya amat terbatas. Ditambah dengan tekanan dan perubahan persekitaran termasuk terpaksa bekerja dari rumah dan menghadapi komitmen keluarga dibawah satu bumbung, adalah antara sebab kenapa kita lebih sering dan mudah merasa letih, gusar dan tertekan.
Dengan norma baharu, fokus kepada penjagaan kendiri lebih kearah kesejahteraan hidup.
Jadi, apakah cara yang mudah dan praktikal untuk kita pastikan persekitaran kediaman kita kekal selesa dan nyaman?
Mudah… penggunaan essential oil adalah jawapannya.
Aromaterapi telah dipraktikkan sejak 3,000 tahun SM, yang mana pada waktu itu, tamadun Mesir kuno telah menggunakan minyak pati tumbuhan didalam pembuatan minyak wangi dan kosmetik. Hari ini, minyak pati tumbuhan boleh digunakan sebagai rutin kesihatan di rumah kerana ia amat mudah dan praktikal untuk digunakan.
Penggunaan essential oil mampu untuk memelihara kesihatan kulit dan menyamankan deria dan emosi.
Setiap sesuatu ada fungsi tersendiri. Contoh, peppermint dan eucalyptus amat baik untuk anda merasa segar dan bertenaga. Minyak pati yang lain seperti lavender, geranium, lemon, orange dan ylang-ylang pula amat berkesan untuk memperbaiki kesihatan kulit sekiranya diamalkan didalam rutin penjagaan kulit anda.
Kekal cergas dan nyaman dengan MELILEA
MELILEA telah diasaskan pada tahun 2002 melalui jenama organik yang berkualiti premium dan visi ‘Transformasi Kesihatan, Kecantikan, Kejayaan dan Kebahagiaan’. Sebagai pelopor dan perintis yang memperjuangkan kehidupan secara organik, neutral dan sihat untuk kesejahteraan seisi keluarga, MELILEA senantiasa mendahului inovasi dalam memperkayakan kehidupan dan memberikan nilai yang terbaik di pasaran.
MELILEA PURE ESSENTIAL OILS SERIES (Rangkaian Minyak Pati Tulen MELILEA) yang serba baru adalah satu lagi permata yang lahir dari falsafah ulung kami. MELILEA Pure Essential Oils Series, telah dipelbagaikan. Dari tea tree dan peppermint hinggalah ke cedarwood dan lemongrass. Tidak terkecuali ‘best seller’ dalam rangkaian produk essential oils kami iaitu frankincense dan eucalyptus.
Pati minyak dipilih secara teliti dari pelbagai sumber serata dunia. MELILEA sentiasa mematuhi Penilaian Piawaian Sumber Lestari dengan memastikan hanya berkerjasama dengan pengusaha ladang terpilih yang mempratikkan pertanian mampan dan mengamalkan kedah penuaian dan pengumpulan bahan ramuan yang bebas pencemaran alam dan tidak menggunakan sebarang sumber haiwan.
Ramuan ini termasuklah tea tree dan daun eucalyptus dari Australia, minyak bunga geranium dari Mesir, minyak damar frankincense dari Somalia, minyak bunga lavender dari Perancis dan minyak kulit oren dari Brazil.
Kaedah pengekstrakan dan penyulingan bahan amat penting untuk kami. Hanya air yang telah disuling secara semulajadi atau teknik pengekstrakan bertekanan sejuk sahaja yang digunakan untuk memastikan hasil yang tulen dan pekat, terutamanya minyak sitrus yang cenderung kehilangan bau dan keberkesanannya jika diektrak dengan haba seperti penyulingan wap.
Contoh khusus, MELILEA Lemon Essential Oil dihasilkan dengan teknik tekanan sejuk keatas kulit limau. Ianya akan menghasilkan pelbagai fitonutrien dan juga aroma yang amat segar untuk membantu menenangkan minda.
MELILEA juga menawarkan produk minyak campuran (MELILEA Phyto-3 Carrier Oil Blend), yang diformulasikan dari ekstrak minyak kelapa, avokado dan jojoba yang kaya dengan vitamin dan sumber antioksida semulajadi untuk mengekalkan kelembutan dan ketegangan kulit. Gabungkan MELILEA Essential Oil kegemaran anda dengan MELILEA Phyto-3 Carrier Oil Blend untuk menghasilkan minyak badan atau minyak urutan anda sendiri.
Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.melileaessentialoil.com
Lima cara untuk anda menikmati MELILEA Pure Essential Oils
Manjakan diri anda dengan mudah seperti yang disarankan.
Segarkan dan harumkan kediaman anda
Campurkan 10 titis essential oil pilihan anda di dalam bekas penyembur (spray bottle) yang berisi 100ml air tulen. Sembur keliling rumah untuk bauan yang harum dan segar. Amat sesuai untuk mereka yang bekerja dari rumah.
Cadangan: lavender, eucalyptus, oregano dan lemon.
Penggunaan diffuser di rumah
MELILEA menawarkan dua produk diffuser yang elegan dan mudah untuk digunakan. Dengan Woodland Diffuser, anda boleh memilih untuk menyalakan diffuser anda selama dua atau empat jam tanpa henti. Didatangkan dengan fungsi nyala dan tutup automatik. Manakala Zenz Nebulizing Diffuser hanya menggunakan pure essential oil tanpa sebarang campuran air. Didatangkan dengan reka bentuk moden yang menyerupai kon, juga pasti akan menambahkan seri hiasan di ruang kediaman anda.
Cadangan: eucalyptus, lemongrass, cedarwood dan frankincense
Sebagai penjagaan kulit
Campurkan satu hingga dua titis minyak pati (khusus yang bersifat anti-penuaan) dengan pelembap kulit tanpa pewangi dan sapukan rata di kulit anda.
Cadangan: lavender, geranium dan frankincense
Jadikan minyak pati kegemaran anda sebagai peneman
MELILEA Essential Oil boleh dibawa kemana sahaja. Pemanduan pulang ke rumah pasti tidak nyaman tanpa ditemani oleh MELILEA MEdrip Diffuser, yang kompak dan penuh gaya yang berfungsi untuk menyebarkan essential oil di ruangan kereta anda.
Cadangan: orange, tea tree dan peppermint
Sebagai aroma mandian
Ketika anda sedang bercuti dan menginap di hotel, titiskan 15 hingga 20 titis essential oil ke dalam tub mandian yang berisi air suam. Kocakkan air mandian anda selama 10 ke 15 minit untuk mendapatkan aroma ritual manja mandian anda yang terbaik.
Cadangan: lavender, geranium dan ylang-ylang